Thursday, May 5, 2011

Giliran Pos Malaysia Jadi Mangsa Sarawak.Selepas Ini?


SUKAR DIKAWAL: Penyerang import Sarawak, Bobby Gonzales (dua kiri) cuba melepasi pemain pertahanan KL Pos Malaysia pada perlawanan Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya petang semalam. Sarawak menang tipis 1-0. — Gambar Chimon Upon

Sarawak cipta kemenangan ketiga berturut-turut di laman sendiri dalam lapan hari
KUCHING: Sarawak membuktikan kecemerlangannya beraksi di laman sendiri apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, menjadikan KL Pos Malaysia sebagai ‘mangsa’ terbaru dalam saingan Liga Perdana 2011 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini petang semalam.
Meskipun hanya menang tipis 1-0 ke atas KL Pos Malaysia, namun ia sudah cukup memadai buat Sarawak mengutip tiga mata penuh justeru mengukuhkan cengkaman di tangga kedua liga setakat ini.
“Saya amat gembira kerana pasukan kita mampu mencatatkan tiga kemenangan di gelanggang sendiri dan ini membuktikan mereka berjaya melakukan ‘tranformasi’ dalam meningkatkan reputasi mereka.
“Malah, saya cukup bangga apabila kita berjaya meraih sembilan mata penuh dalam tiga kemenangan dan menjaringkan sebanyak 12 jaringan,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman yang ditemui Utusan Borneo selepas perlawanan semalam.
Justeru berbekalkan reputasi cemerlang seperti itu, Sudarsono yakin anak-anak buahnya mampu terus melakar kejayaan lebih membanggakan selepas ini.
Beliau mengakui masa mungkin terlalu singkat buat jurulatih import baru, Robert Alberts yang baru sebulan mengambil alih tugas Mohd Zaki Shaikh Ahmad bagi merencanakan strategi baru buat skuad Sarawak menghadapi sembilan perlawanan sepanjang bulan ini.
“Bagaimanapun, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Alberts serta para pemainnya yang menunjukkan komitmen tinggi dan mutu permainan yang menarik sehingga kini.
“Saya yakin semua pemain akan dapat mengekalkan kecemerlangan mereka ketika menghadapi tiga lagi perlawanan di tempat lawan selepas ini,” katanya.
Gol tunggal Sarawak dalam perlawanan menentang KL Pos Malaysia petang semalam diledakkan oleh penyerang import dari Sabah, Bobby Gonzales pada minit ke-26 babak pertama.
Sepanjang babak kedua tiada jaringan gol dilakukan, namun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan terutamanya pasukan pelawat yang hampir-hampir mampu membolosi gawang pasukan tuan rumah.
Pujian harus diberikan kepada penjaga gol tuan rumah, Aidil Mohamad yang banyak menyelamatkan keadaan ‘situasi tegang’ ketika pasukan pelawat melancarkan asakan berbahaya mereka.
Sarawak yang menerima sokongan padu hampir 10,000 penyokong setianya juga banyak melakukan asakan namun digagalkan juga oleh jentera pertahanan lawan.
Sementara itu, Alberts turut melahirkan rasa gembira meskipun anak-anak buahnya hanya mampu mencatat kemenangan tipis ke atas KL Pos.
Menurutnya, semua pemain telah menunjukkan kesungguhan untuk memburu kemenangan walaupun mereka gagal mengulangi pencapaian untuk menjaringkan lebih banyak gol seperti dalam dua perlawanan lalu.
“Saya cukup gembira kami mampu meraih tiga mata penuh dan para pemain telah melakukan yang terbaik untuk meraih kemenangan,” katanya.
Sarawak akan meneruskan saingan Liga Perdana 2011 dengan bertandang ke ibu negara menentang KL Sime Darby pada 6 Mei ini, bertemu SDM Navy di Pulau Pinang (9 Mei) dan bersemuka PKNS Selangor di Stadium Selayang, pada 13 Mei (Jumaat).
Sehubungan itu, kelab penyokong bola sepak Sarawak (Sadiehaf) telah berusaha dengan inisiatif mengedarkan pampet jemputan dalam usaha memastikan Stadium Negeri dibanjiri penonton semalam.

Tuesday, May 3, 2011

Sarawak vs PKNS Selangor LIVE Di Astro ARENA 801 - Pendapat Anda?






SARAWAK vs PKNS SELANGOR
Stadium MBPJ Selangor
Jam 8.45 Malam

Apa Pandangan, Pendapat Serta Komen Anda Jika ASTRO ARENA 801, Mengadakan Siaran Secara Langsung Perlawanan Ini Memandangkan Perlawanan Ini "mungkin" Boleh Menggambarkan siapa bakal "Juara Liga Premier Malaysia 2011"

Tugas Mencabar Sarawak - 10 Hari Berkampung Di Semenanjung Malaysia

Keratan Akhbar Utusan Sarawak (Rabu 4 Mei 2011)

Night Match Soon - Datu Sudarsono

Keratan Akhbar The New Sarawak Tribune ( Rabu 4 Mei 2011)