Thursday, May 5, 2011

Giliran Pos Malaysia Jadi Mangsa Sarawak.Selepas Ini?


SUKAR DIKAWAL: Penyerang import Sarawak, Bobby Gonzales (dua kiri) cuba melepasi pemain pertahanan KL Pos Malaysia pada perlawanan Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya petang semalam. Sarawak menang tipis 1-0. — Gambar Chimon Upon

Sarawak cipta kemenangan ketiga berturut-turut di laman sendiri dalam lapan hari
KUCHING: Sarawak membuktikan kecemerlangannya beraksi di laman sendiri apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, menjadikan KL Pos Malaysia sebagai ‘mangsa’ terbaru dalam saingan Liga Perdana 2011 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini petang semalam.
Meskipun hanya menang tipis 1-0 ke atas KL Pos Malaysia, namun ia sudah cukup memadai buat Sarawak mengutip tiga mata penuh justeru mengukuhkan cengkaman di tangga kedua liga setakat ini.
“Saya amat gembira kerana pasukan kita mampu mencatatkan tiga kemenangan di gelanggang sendiri dan ini membuktikan mereka berjaya melakukan ‘tranformasi’ dalam meningkatkan reputasi mereka.
“Malah, saya cukup bangga apabila kita berjaya meraih sembilan mata penuh dalam tiga kemenangan dan menjaringkan sebanyak 12 jaringan,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman yang ditemui Utusan Borneo selepas perlawanan semalam.
Justeru berbekalkan reputasi cemerlang seperti itu, Sudarsono yakin anak-anak buahnya mampu terus melakar kejayaan lebih membanggakan selepas ini.
Beliau mengakui masa mungkin terlalu singkat buat jurulatih import baru, Robert Alberts yang baru sebulan mengambil alih tugas Mohd Zaki Shaikh Ahmad bagi merencanakan strategi baru buat skuad Sarawak menghadapi sembilan perlawanan sepanjang bulan ini.
“Bagaimanapun, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Alberts serta para pemainnya yang menunjukkan komitmen tinggi dan mutu permainan yang menarik sehingga kini.
“Saya yakin semua pemain akan dapat mengekalkan kecemerlangan mereka ketika menghadapi tiga lagi perlawanan di tempat lawan selepas ini,” katanya.
Gol tunggal Sarawak dalam perlawanan menentang KL Pos Malaysia petang semalam diledakkan oleh penyerang import dari Sabah, Bobby Gonzales pada minit ke-26 babak pertama.
Sepanjang babak kedua tiada jaringan gol dilakukan, namun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan terutamanya pasukan pelawat yang hampir-hampir mampu membolosi gawang pasukan tuan rumah.
Pujian harus diberikan kepada penjaga gol tuan rumah, Aidil Mohamad yang banyak menyelamatkan keadaan ‘situasi tegang’ ketika pasukan pelawat melancarkan asakan berbahaya mereka.
Sarawak yang menerima sokongan padu hampir 10,000 penyokong setianya juga banyak melakukan asakan namun digagalkan juga oleh jentera pertahanan lawan.
Sementara itu, Alberts turut melahirkan rasa gembira meskipun anak-anak buahnya hanya mampu mencatat kemenangan tipis ke atas KL Pos.
Menurutnya, semua pemain telah menunjukkan kesungguhan untuk memburu kemenangan walaupun mereka gagal mengulangi pencapaian untuk menjaringkan lebih banyak gol seperti dalam dua perlawanan lalu.
“Saya cukup gembira kami mampu meraih tiga mata penuh dan para pemain telah melakukan yang terbaik untuk meraih kemenangan,” katanya.
Sarawak akan meneruskan saingan Liga Perdana 2011 dengan bertandang ke ibu negara menentang KL Sime Darby pada 6 Mei ini, bertemu SDM Navy di Pulau Pinang (9 Mei) dan bersemuka PKNS Selangor di Stadium Selayang, pada 13 Mei (Jumaat).
Sehubungan itu, kelab penyokong bola sepak Sarawak (Sadiehaf) telah berusaha dengan inisiatif mengedarkan pampet jemputan dalam usaha memastikan Stadium Negeri dibanjiri penonton semalam.

Tuesday, May 3, 2011

Sarawak vs PKNS Selangor LIVE Di Astro ARENA 801 - Pendapat Anda?






SARAWAK vs PKNS SELANGOR
Stadium MBPJ Selangor
Jam 8.45 Malam

Apa Pandangan, Pendapat Serta Komen Anda Jika ASTRO ARENA 801, Mengadakan Siaran Secara Langsung Perlawanan Ini Memandangkan Perlawanan Ini "mungkin" Boleh Menggambarkan siapa bakal "Juara Liga Premier Malaysia 2011"

Tugas Mencabar Sarawak - 10 Hari Berkampung Di Semenanjung Malaysia

Keratan Akhbar Utusan Sarawak (Rabu 4 Mei 2011)

Night Match Soon - Datu Sudarsono

Keratan Akhbar The New Sarawak Tribune ( Rabu 4 Mei 2011)

Monday, April 4, 2011

Kedudukan Terkini Pasukan Sarawak Dalam Liga Premier 2011



Kedudukan Terkini Liga

Laungan Ngap Sayot Kembali Bergema

Si bujang meneruskan rentak bergaya dengan menewaskan USM Fc di Pulau Pinang malam tadi dengan jaringan 2 - 0.Gol tersebut dijaringkan oleh Zamri Morshidi dan Boby Gonzalez.Ini bermakna sepanjang 1 minggu berada di semenanjung dan menjalani 2 kali perlawanan liga premier, Ngap Sayot telah berjaya "menyayotkan" kedua-dua lawan tersebut.

Jika kemenangan pertama tempoh hari adalah merupakan "hadiah perpisahan" buat Jurulatih Hj Zaki, kemenangan kedua ini pula dilihat sebagai "signal" dari Robert Albert (Jurulatih Baru Pasukan Sarawak) bahawa selepas ini Ngap Sayot akan terus mengganas di persada liga, Si Bujang Senang pula kembali bersedia membaham sang magsa.TETAPI BAGAIMANA PULA DENGAN KITA SEBAGAI PENYOKONG? Apa kah kita mash masu berpeluk tubuh dan hanya me,ihat angin perubahan ini terus bergerak begitu sahaja?Ingat la, kalau bukan kita, siapa lagi yang ingin menyokong pasukan kita sendiri?

**Hj Zaki katakan perlawanan menentang PDRM di Paroi adalah aksi terbaik pasukan Sarawak sepanjang 2011


Anda juga boleh layari :-

Liga Kuching - NAIM 2011
Cenderamata Pasukan Sarawak 2011

Friday, April 1, 2011

Sarawak Menang! Asri Sumbat 2 Gol.Hadiah istimewa buat Haji Zaki



Keputusan Penuh Perlawanan Sarawak Menentang PDRM :-

Sarawak (4) vs (0) PDRM

Senarai penjaring gol :
  1. Mohd Asri Chu Chu - 2 Gol
  2. Azizan Saperi - 1 Gol
  3. Boby Gonzalez - 1 Gol
Mungkin ini hadiah yang paling bermakna dari para pemain kepada Hj Zaki Sheikh Ahmad sebagai menghargai jasa beliau sebagai jurulatih skuad Ngap Sayot.